TEKNIK MUDAH BANTU IBU MENYUSU ANAK TOLAK BOTOL SUSU LEBIH SANGGUP BERLAPAR

​Assalamualaikum, hari ni saya nak sangat kongsi pengalaman sendiri yang memang tak kan ku lupakan. Pernah tak ibu-ibu alami masalah anak tak nak minum botol? Ini selalunya berlaku pada ibu-ibu yang menyusu badan sepenuhnya dari bersalin hingga lah sekarang. Alhamdulillah saya diberi peluang menyusu badan sepenuhny sehingga kini anak ke-4 yang berumur 4bulan.

Walaupon saya di beri kelebihan menyusu badan, juga tidak terkecuali dari menghadapi masalah anak yang lambat dalam penerimaan botol susu.

Eh! anak dah masuk 4 pun tak boleh nak “handle” .

Laaa… asal tak latih awal-awal?

Beli la puting yang lembut, boleh tu

Mesti kita pernah terima persoalan di atas kan, respond dari kawan-kawan seangkatan yang bukan semua lalui apa yang kita telah atau sedang lalui

Saya walaupun sudah mempunyai 4 orang cahaya mata, tak terlepas dari melalui masalah ini. Anak no 1 hingga 3 tidak langsung mempunyai masalah menyusu botol. Setiap anak berbeza caranya dan penerimaannya

Memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kali ni. Anak yang sebelum ni berjaya teruskan penyusuan susu ibu melalui botol dalam tempoh 1-2 minggu. Tapi anak ke-4 ni, berbeza sangat cabaran nya.

Saya nak kongsikan pengalaman dan teknik yang kami lakukan. Walaupun ambil masa, tapi dapat juga membantu ibu yang dalam delima dan kebuntuan

  1. Latih anak dengan perkenalkan botol susu se awal 1 bulan, sebab tak semua anak penerimaan nya sama
  2. Cari puting yang lembut atau menyerupai puting ibu. Di sini, puting yang murah atau mahal belum menjanjikan ke berjayaan untuk minum susu botol, yang penting cari kesuaian
  3. Sehari mesti bagi susu melalui botol supaya bayi kita serasi juga dengan botol, teruskan hingga habis pantang
  4. Ibu2 yang house wife pun tak terkecuali ya, sebab persediaan jika kita jatuh sakit Dan perlu bermalam di hospital. Latihan ini perlu sebab bayi tidak akan di benarkan bersama2 kita sepanjang masa, kesian kt dia nanti

Nampak macam mudah kan, tapi sebenarnya yang pernah melaluinya lebih rasa kesakitannya, masa ini lah sokongan Encik suami amat diperlulan Dan kaum keluarga terdekat.

    Yang bekerja??? Satu lagi fasa yang anda kene lalui, ketua jabatan yang tak semua yang boleh memahami situasi kita..so be prepare ya ibu2, mommy2, mak2 ..kita yang perlu hadapinya dengan tabah. Don’t give up. We are super mom… Emo pulak I kan.

    Insyallah dengan tips simple ani, dapat membantu ibu2 yang mungkin menghadapi masalah yang sama, Dan pada ibu2 yang mungkin tidak pernah atau mungkin akan lalui nya insyallah mungkin juga sedikit sebanyak dapat membantu ibu2 nanti

    Setiap perwatakan Anak berbaza antara satu dengan yang lain. Isu Anak pertama atau dah ramai Anak tak menjamin yang kita tak kan lalui perkara yang sama..saya lah antara ibu Anak ramai, yang Anak ke-4 lalui perkara ni. Memang night mare.. So scary…

    Surya Baizura (ID:1086935)

    FB: Surya baizura

    Page: lovesihat

    No Tel: 012-6200176

    Email: suryabaizura@gmail.com

    COD area: Sg.Buloh, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Kota Damansara ,Kundang, Kuang, Saujana Utama, Hospital Sg.Buloh, Hospital Uitm Sg.Buloh

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *