in ,

Risiko dan Masalah kelahiran bayi Pramatang

Bayi pramatang merupakan bayi yang dilahirkan seawal 29 minggu kehamilan. Ada juga bayi yang dilahirkan seawal 24 minggu kehamilan. Sudah tentu dengan kelahiran yang seawal begini akan mengundang risiko dan masalah kepada bayi tersebut.

Dengan rawatan insentif yang diberikan oleh pihak hospital, bayi tersebut akan mampu bertahan untuk meneruskan hidup. Jika kita merasakan bahawa peluang mereka amat nipis, satu kajian yang dijalankan pada tahun 1980 terhadap bayi yang dilahirkan pramatang menunjukkan 90% daripada mereka sihat dan bersekolah seperti biasa.

bayi pramatang

Tanda-tanda bayi yang dilahirkan pramatang:

  • saiz badan kecil berbanding kepala
  • ciri muka yang kurang bulat berbanding bayi normal
  • kulit kelihatan lebih nipis, telus dan rapuh
  • rambut halus menyelubungi sebahagian tubuh
  • suhu badab yang rendah terutama selepas bersalin
  • mempunyai masalah pernafasan
  • kurang refleks untukmenghisap, menelan dan sukar diberi makan

Risiko dan masalah bayi pramatang

Walaupun tidak semua bayi pramatang mempunyai kompilasi pramatang,tetapi ia tetap mempunyai risiko dan masalah jangka pendek dan panjang.

Masalah jangka pendek

  • Kesukaran bernafas – mempunyai masalah sistem pernafasan terutamanya kepada bayi dilahirkan kurang dari minggu ke-35.
  • mempunyai masalah jantung – mempunyai masalah patent ductus arteriosus (PDA) dan tekanan darah tinggi terutamanya kepada bayi dilahirkan kurang dari minggu ke-30.
  • Masalah otak – mempunyai risiko pendarahan dalam otak, dikenali sebagai pendarahan intraventricular terutamanya kepada bayi dilahirkan kurang dari minggu ke-28.
  • Masalah kawalan suhu badan – Bayi pramatang boleh kehilangan haba badan dengan cepat disebabkan mereka tidak mempunyai lemak badan yang mencukupi.
  • Masalah penghadaman – mempunyai sistem penghadaman yang lemah disebabkan usus mereka tidak matang lagi.
  • Masalah sistem pendarahan– mempunyai risiko masalah darah seperti anemia dan penyakit kuning( jaundice).
  • Masalah metabolism– mempunyai gula darah yang lebih rendah.
  • Masalah sistem imun– Bayi pramatang senang dijangkiti penyakit disebabkan sistem imun bayi kurang matang.

 

Masalah jangka panjang

  • Cerebral palysi– gangguan dalam otot , posisi atau kordinasi pergerakan.
  • Keupayaan untuk belajar adalah lebih perlahan
  • Masalah penglihatan– mempunyai risiko retinopathy pra-matang (ROP) terutamanya kepada bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke-30.
  • Masalah pendengaran yang lemah.
  • Masalah pergigian.
  • Masalah kronik kesihatan termasuk jangkitan penyakit, asma, dan kesukaran untuk menelan.


Bagi mereka yang mempunyai anak pramatang, 5 tips berikut dapat membantu anda.

Sentuhan ibu sangat penting.

EditApabila ibu menyentuh bayinya, bayi tersebut akan merasa lebih selamat dan berada dalam keadaan yang lebih stabil. Rapatkan bayi ke dada ketika mendakapnya. Ini akan dapat menenangkan bayi dan secara tidak langsung merapatkan hubungan ibu dan bayi.

 

Sentiasa berbicara.

Ini kerana suaran ibu mampu menenangkan bayi pramatang. sentiasalah berbicara dan ucaplah kata-kata yang penuh dengan kasih sayang.

Berikan susu ibu.

susu ibu mempunyai zat yang cukup tinggi.Oleh itu tidak hairanlah mengapa susu ibu merupakan makanan terbaik bagi bayi pramatang. Jika tidak mampu memberikan susu ibu kepada bayi, segera berbincang dengan doktor agar alternatif lain dapat diambil.

Sentiasa periksa keadaan bayi.

Keperluan bayi pramatang tidak sama dengan bayi normal. Mereka memerlukan lebih perhatian. Sila tujuk kepada doktor jika ada perubahan ketara

Masa rehat yang secukupnya bagi ibu.

ini penting kerana ibu perlu menjada bayinya. sekiranya ibu tidak bertenaga, bagaimana untuk menjaga bayinya.

Jangan patah semangat, teruskan berusaha menjaga bayi anda kerana mereka adalah anugerah yang terindah.

 

 

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT?

Pengalaman menyusu anak pramatang memang menguji kesabaran & kekuatan mental. Namun, itu bukan alasan untuk gagal. Saksikan apa yg membantu beliau hingga berjaya?

Written by Surya

Merupakan pengasas lovesihat.com. Amat meminati bidang blogging dan merupakan penulis tetap di lovesihat.com . Juga merupakan Shaklee Independent Distributor bagi kawasan Sungai Buloh, Damansara, Rawang, Ijok dan Kuala Selangor. Boleh menguruskan pesanan dari seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Aroma Bau Badan Buat Pasangan Kecewa Malam Pertama

Vivix Memberi Peluang Kedua Kepada Pesakit Diabetes