Pasangan Pembekal Tenaga

Adalah amat penting untuk sentiasa membekalkan tenaga kepada badan kita supaya kita boleh hidup dengan cergas setiap hari. Berita baiknya adalah, anda boleh berbuat demikian dengan nutrisi yang betul bersama Shaklee.

Bagaimana Gaya Hidup Menjejaskan Penghasilan Tenaga
Seperti sebuah kilang, badan kita memerlukan sel-sel (stesen penjaga tenaga) dan nutrien-nutrien (pekerja) untuk berfungsi seperti biasa. Setiap sel mengandungi satu stesen penjanaan yang bernama mitokondria untuk menghasilkan tenaga untuk badan anda dan ia memerlukan satu nutrien, Coenzyme Q10 (CoQ10). Badan anda boleh menghasilkan mitokondria dan CoQ10 secara semulajadi. Akan tetapi, penghasilannya akan merosot dengan usia yang meningkat dan cara hidup tidak sihat seperti pemakanan yang rendah nutrien yang memberi tenaga, serta tinggi kandungan lemak dan gula, pencemar persekitaran, stres dan kurang bersenam1. Hasilnya, anda akan berasa lesu, mengantuk dan mudah berasa letih.

Tingkatkan Tenaga Anda dengan Polifenol dan CoQ10
Tinggi dengan antioksida, polifenol membantu meningkatkan prestasi sel ke tahap optima, menambah jumlah mitokondria dalam sel. Sebagai pekerja dalam stesen-stesen penjana tenaga, CoQ10 diperlukan untuk mengecas badan, memperbaharui tenaga agar badan anda berfungsi lebih efektif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *