in ,

Nutrien Untuk Jantung Sihat

Setiap hari, jantung bekerja keras untuk memastikan setiap sel dalam tubuh anda menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum. Cintai jantung anda dengan memberikannya nutrien yang tepat – Koenzim Q10 (CoQ10) dan asid lemak omega-3.

Koenzim Q10

Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung
Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung 1,2dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.

Meningkatkan Peredaran Darah
Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri3,4meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.

Mengoptimumkan Denyutan Jantung
Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung.5,6 Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.

Statins Statins Mengurangkan Tahap CoQ10 Anda!
Statin, ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol, mengurangkan penghasilan semulajadi CoQ10dalam badan sebanyak 40%! Ambil suplemen CoQ10sekarang untuk jantung yang kuat dan sihat!

 

Asid Lemak Omega-3

Menyokong Kesihatan Saluran Darah
Terkenal dengan manfaat anti-keradangan, asid lemak omega-3 adalah penting dalam mencegah pembentukan plak dalam saluran darah anda, mengurangkan risiko anda mengalami penyempitan saluran darah, yang boleh menyebabkan anda berisiko mengalami penyakit jantung.

Menyokong Tekanan Darah Sihat
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 membantu mengurangkan tahap trigliserida (lemak dalam darah) dan mengawal tekanan darah ke tahap yang sihat.7,8

 

Written by Surya

Merupakan pengasas lovesihat.com. Amat meminati bidang blogging dan merupakan penulis tetap di lovesihat.com . Juga merupakan Shaklee Independent Distributor bagi kawasan Sungai Buloh, Damansara, Rawang, Ijok dan Kuala Selangor. Boleh menguruskan pesanan dari seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pasangan Pembekal Tenaga

Miliki Kulit Gebu Dan Lembut Dengan CoQ₁₀