Kenali Radang Sinus ( Resdung)

Apa itu sinus?

Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

sumber gambar : https://cdn.healthnutnews.com

Radang sinus?

Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:

  • Radang sinus akut
  • Radang sinus kronik

Apakah agen penyebab radang sinus?

Radang sinus boleh disebabkan oleh :

  • Virus
  • Bakteria
  • Kulat

Agen penyebab radang lain:

  • Alahan
  • Iritasi kimia
  • ketumbuhan dalam hidung (polyp)

Punca Sinus

  • Alahan.  Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan penyakit resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit resdung ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Bagaimana merawat radang sinus?

Dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara :

  • Rehat yang cukup
  • Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
  • Makan ubat penahan sakit ( panadol)
  • Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
  • Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.

Bagi radang sinus kronik, Rawatan berikut amat membantu:

  • Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
  • Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
  • Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.

Bagaimana cara mencegah radang sinus?

Hal-hal berikut dapat mencegah terjadinya radang sinus:

  • Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
  • Pastikan kelembapan di rumah baik
  • Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara
  • Berhenti merokok
  • Hindari alkohol
  • Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam.

sumber : Myhealth

Petua merawat penyakit resdung secara tradisional

Jika resdung belum kronik, maka anda boleh mencuba kaedah rawatan resdung tradisional bagi merawat penyakit ini. Namun bila resdung yang dialami sudah kronik, maka disaranakan agar berjumpa dengan doktor pakar telinga, hidung, dan tekak (ENT). Doktor akan menggunakan CT scan untuk mencari punca utama penyakit resdung .

1. Hidrasi

Minum banyak air mineral. Cecair ini akan berfungsi membantu mendorong lendir keluar. Elakkan dari minum minuman alkohol, kafein, minuman manis, dan juga jangan merokok. Sekiranya anda masih mengamalkan perkara diatas, ia boleh menyebabkan lendir semakin menebal dan saluran pernafasan semakin tersumbat sehingga boleh mencetuskan keradangan yang lebih teruk.

sumber gambar: https://i.ndtvimg.com/

2. Sedut Wap Air Panas

Petua hilangkan resdung seterusnya ialah dengan sedut wap air panas. Berikut adalah cara-caranya.

  • Rebus air mengikut saiz bekas anda, lalu campurkan dengan air garam sehingga mendidih. Letakkan kepala anda 30cm dari paras air, lalu sedut wap tersebut. Pastikan anda dalam keadaan rileks.

Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh menutup kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.

3. Tuam Tuala Pada Muka Dengan Air Panas

Petua lain yang anda boleh amalkan adalah dengan menuam tuala di bahagian pipi dengan air panas tersebut. Tapi janganlah panas sangat, nanti melecur pulak muka anda. Agak-agak suam-suam.

  • Panaskan air, sehingga mendidih dan biarkan ia suam.
  • Ambil tuala dan celupkan didalam air dan perah.
  • Tuamkan tuala di bahagian muka anda.

Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

4. Lidah Buaya

Menarik, kan? Lidah buaya pun boleh digunakan untuk mengubati resdung sebab ia mengandungi sifat antiseptik. Cara menggunakan lidah buaya ini adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk kesan lebih baik, minum rebusan lidah buaya.

5.Limau Nipis dan Daun Pandan

Petua seterusnya ialah menggunakan campuran limau nipis dan daun pandan. Caranya, sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, pisahkan bijinya. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.

Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda, elakkan dari terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Selesai dah boleh cuci wajah anda dengan air biasa.

Amaran!!! Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ini kerana ia akan menyebabkan kesan pedih yang maksimum namun masih terkawal. Kesan berbeza mungkin terjadi pada setiap individu dan keadaan resdung anda. Sila rujuk pakar terlebih dahulu sekiranya anda ragu-ragu.

6.Kunyit atau Halia

Kunyit mempunyai sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia adalah menenangkan perut anda.

7. Cuka Epal dan Madu

Petua menghilangkan resdung seterusnya adalah dengan mengamalkan pengambilan cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.

Bagaimana Shaklee dapat membantu?

Bagi membantu pesakit resdung, ada beberapa suplemen yang boleh dicuba.

1. Alfalfa Complex –> untuk detoks dan anti-keradangan
2. Nutriferon –> tingkatkan imuniti tubuh.
3. B Complex –> membantu memberi tenaga kepada tubuh (org sinus biasanya mudah lesu)
4. Vita-C –> meminimumkan kesan histamine yang menjadi punca keradangan
5. Vivix 

Testimoni

Nak dapatkan produk Shaklee?

 Surya : 012-6200176 @ (SID NO : 1086935) 

Pengedar Shaklee Sg.Buloh, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Kota Damansara ,Kundang, Kuang, Saujana Utama, Hospital Sg.Buloh, Hospital Uitm Sg.Buloh , Shah Alam, Gombak, Kepong, Kg.Melayu Subang, Batu Caves, Selayang, Gombak

Boleh pos ke seluruh Malaysia.

Leave a Reply