in , , , , , ,

Kenali Penyakit Tibi dan 5 Cara Pencegahan yang Berkesan

Apakah Penyakit Tibi?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Ia disebabkan oleh kuman mycobacterium bacillus yang diternui oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwama merah, halus dan hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.

 

Credit photo:healthcare.bioquell.com

Dianggarkan 90 peratus daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Walau bagaimanapun, melalui peredaran darah, ia juga boleh merosakkan bahagian lain tubuh badan manusia seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan lain-lain.

Bagaimanakah tibi merebak?

Apabila pesakit tibi pulmonari aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus.

Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-apung itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.

“Simptom atau gejala penyakit tibi adalah batuk berpanjangan melebihi dua minggu, kurang selera makan, demam, berpeluh di waktu malam dan batuk berdarah. 

Mereka yang mempunyai simptom itu perlu mendapatkan saringan dengan segera di klinik berhampiran.

Apakah gejala-gejala tibi?

• Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih

• Kahak berdarah

• Demam berpeluh pada waktu petang atau malam

• Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang

• Hilang selera makan

• Berat badan menyusut

• Mudah letih dan lemah badan.

Bila kita sendiri dah nampak ada tanda dan gejala, segera untuk dapatkan rawatan untuk pastikan adakah kita positif penyakit tibi, rawatan awal dapat selamatkan banyak nyawa

Langkah pencegahan tibi

• Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG

• Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun

• BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah

• Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda

• Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan.

Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan

• Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar

• Pembawa HIV

• Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang

• Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama

• Warga tua.

Bagaimanakah caranya mengdiagnos tibi?

• Jika mengalami batuk berpanjangan, anda hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma.

• Pemeriksaan sinaran X dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru anda.

Rawatan tibi

Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam (6) bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. 

Pada dua bulan pertama, rawatan harian akan diberikan, biasanya mengandungi sebanyak empat (4) jenis ubat makan yang disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.

Peringkat rawatan seterusnya dilakukan dua kali seminggu selama empat bulan, biasanya melibatkan tiga jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.

Tip yang baik untuk di amalkan pesakit tibi

• Sekiranya anda pesakit tibi yang sedang menjalani rawatan, anda hendaklah mendapatkan rawatan berterusan serta mematuhinya dengan sempurna sehinggalah semuanya selesai

• Rehat secukupnya

• Makan makanan seimbang

• Pastikan badan anda selalu kuat dan sihat supaya dapat menentang kuman-kuman tibi pada sepanjang masa.

• Jangan biarkan diri dikuasai oleh rokok kerana ia hanya memburukkan keadaan

• Banyakkan bersenam

• Buka pintu dan tingkap pada waktu siang untuk peredaran udara yang sempurna bagi mencegah kuman tibi merebak.

• Biarkan cahaya matahari memasuki rumah anda dengan banyaknya kerana ia berupaya membunuh kuman tibi yang terapung-apung di udara dan berselindung di sudut-sudut rumah.

• Elakkan daripada tinggal bersesak-sesak di dalam rumah yang sempit.

Credit to: www.maptb.org.my

Alternatif dengan Suplemen Shaklee

Untuk rawatan alternatif Vitamin juga boleh membantu bagi tingkatkan sistem imuniti serta kesihatan supaya berada dalam yang optimum

Vitamin Shaklee dapat membantu pesakit tibi untuk menguatkan sistem imunisasi badan unuk melawan kuman tibi dan melindungi sel daripada rosak. Seperi yang saya bagitahu di awal entry, mereka yang diserang tibi ini kerana antibodi yang lemah menyebabkan sel tibi menjadi aktif

 

 

Fungsi Vitamin :-

1.Vivix
  • Kandungan Resveratol dalam Vivix dapat mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan salur pernafasan.
  • Resveratol juga mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor di paru-paru. Vivix juga dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan atau imunisasi tubuh kita,

2.Nutriferon

  • Nutriferon fungsinya dapat meningkatkan imunisasi tubuh dengan penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh kita.
  • Juga mampu mengurangkan atau mengelakkan simptom elergik
3.Garlic
  • Garlic Complex dapat meningkatkan imun tubuh yang dapat mengurangkan infeksi paru-paru.
  • Ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi
4. Omega Guard
  • Omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard dapat mengurangkan inflamasi atau keradangan. Ia juga dapat membersihkan saluran pernafasan.
5.Vitamin C
  • Memperkukuhkan respon imun dengan cara membantu sel darah putih menentang infeksi bakteria, kuman dan radikal bebas.

jika anda memerlukan Set Kesihatan Penyakit Tibi,  boleh terus berhubung dengan saya (Surya- 012-6200176)

Saya akan BIMBING dan sertakan cara dan jadual pengambilan suplemen yang efektif dan Konsultasi secara PERCUMA terhad kepada pelanggan-pelanggan saya sahaja

Surya : 012-6200176 @ (SID NO : 1086935

Pengedar Shaklee : Sg.Buloh, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Kota Damansara ,Kundang, Kuang, Saujana Utama, Hospital Sg.Buloh, Hospital Uitm Sg.Buloh , Shah Alam, Gombak, Kepong, Kg.Melayu Subang, Batu Caves, Selayang, Gombak

Written by Surya

Merupakan pengasas lovesihat.com. Amat meminati bidang blogging dan merupakan penulis tetap di lovesihat.com . Juga merupakan Shaklee Independent Distributor bagi kawasan Sungai Buloh, Damansara, Rawang, Ijok dan Kuala Selangor. Boleh menguruskan pesanan dari seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Set Kesihatan Penyakit Tibi