Kekal Bertenaga dengan CoQ₁₀

CoQ10 adalah nutrien utama dalam menghasilkan tenaga. Ia bertindak sebagai palam pencucuh, yang menghidupkan enjin dengan memulakan penghasilan tenaga dalam setiap sel. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda berfungsi pada tahap optimum.

Penjana Tenaga Terbaik

Meningkatkan kekuatan otot

Kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 dapat membantu meningkatkan kekuatan otot dan jisim otot fast-twitch (type-II)1 (otot yang menjana kuasa dan kekuatan). Ia juga bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan kerosakan oksidatif kepada sel-sel otot.2

Mempercepatkan proses pemulihan luka

CoQ10 menyokong penghasilan semula tisu yang rosak dengan meningkatkan penghasilan sel, pembaikan tisu dan proses penyerapan oksigen ke dalam tisu, mempercepat penyembuhan luka.3 CoQ10 juga berperanan sebagai anti-radang dalam pemulihan luka.4

Menyokong gaya hidup aktif anda

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10memberi manfaat kepada orang dewasa, dari atlet yang kerap melakukan latihan sehingga kepada orang biasa yang cuba mengekalkan jantung yang sihat dan kekal cergas. Hasil kajian menunjukkan bahawa CoQ10membantu orang ramai untuk kekal aktif secara fizikaldan meningkatkan prestasi dengan menggalakkan penghasilan tenaga selular.5 Kini jantung anda dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih cekap, anda boleh berjalan lebih cepat dan berlari lebih jauh, dan anda dapat memberi lebih tumpuan.

Memastikan anda bertenaga sepanjang hari

CoQ10 adalah asas dalam penjanaan tenaga badan. Ia berfungsi sepanjang masa untuk memulakan dan menghasilkan tenaga. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda mempunyai tahap tenaga yang tinggi, stamina anda meningkat, meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan anda6, menjadikan anda berasa lebih bertenaga sehingga anda boleh melakukan pelbagai perkara dalam sehari!

Rujukan

  1. Linnane AW and Eastwood H. Cellular redox poise modulation; the role of coenzyme Q10, gene and metabolic regulation. Centre for Molecular Biology and Medicine. Mitochondrion 4 (2004) 779–789
  2. Fischer A et al. Coenzyme Q10 status as a determinant of muscular strength in two independent cohorts. PLoS One. 2016; 11(12): e0167124.
  3. Crane FL.Biochemical functions of coenzyme Q10. Journal of the American College of Nutrition. 2001 Dec;20(6):591-8.
  4. Underdown MJ. 2013. Antioxidants and wound healing. Life Sciences Common. East Tennessee State University. 5-2013.
  5. Mizuno K et al. Antifatigue effects of coenzyme Q10 during physical fatigue. Nutrition. 2008 Apr;24(4):293-9. Epub 2008 Feb 13. Erratum in: Nutrition. 2008 Jun;24(6):616.
  6. Saini Rajiv. Coenzyme Q10: The essential nutrient. J Pharm Bioallied Sci. 2011 Jul-Sep; 3(3): 466–467.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *