KANSER? tersentak bila doktor sahkan, awalnya hanya sakit perut biasa

Perkongsian Cek Su hari ini adalah kisah benar dan terjadi pada ahli keluarga Cek Su sendiri, bukan rekaan atau pun #copypaste dari cerita orang lain

Lepas pemergian Arwah abah akibat sakit TIBI , mama antra insan yang paling sedih sebab mama la yang menjaga arwah abah sepanjang abah di kuarentin akibat penyakit TIBI, bukan mudah untuk menjaga prsakit TIBI, hanya orang yang sabar je boleh jaga pesakit TIBI ni

Mama pula menyusul sakit selepas 6 bulan pemergian Abah tersayang, ingatkan dah habis derita abah, dan datangnya pelangi bahagia buat Mama,tapi sebaliknya juga, Allah swt nak duga mama lagi

Begitu pantas masa berlalu, setiap hari mama mengadu sakit perut dan setiap kali la berulang alik ke hospital (Hospital Sg. Buloh) finally dapat ubat gastrik, memang dah tau dah walaupun bukan kali pertama jumpa doktor, diagnos tetap angin dan gastrik sehingga la mama di sahkan pula ada Batu Karang dalam hempedu pula , apa lagi la dugaan buat Mama ni

Sehinggakan satu tahap mama dah tak nak check up kat sana, kami tukar ke Hospital Uitm Sg. Buloh pula, nak dapatkan opinion doktor lain pula, nasib baik boleh guna Pencen, lega la sikit kan

Apakah lagi la agaknya diagnos mereka ni, Cek Su tahu yang Cek Su ni bukan la Doktor, tapi celaru otak ni memikirkan Mama yang susah hati, sampai satu ketika sakit perut yang amat sangat sehinggalan tak tak boleh nak sentuh dah perut,

OMG again, apakah lagi ni, doktor cakap kalau Batu karang tak da simptom sampai pegang perut pun dah sakit, padahal tak tekan pun

Cek Su setia temankan Mama buat Check Up, Doktor sarankan masuk teropong ikut bawah (kolon) takut ada masalah kolon, sebab mama pun ada masalah pembuangan, sembelit, kadang-kadang seminggu baru membuang, again negatif keputusan tak da masalah kolon

Doktor dah buntu jugak nk dioagnos apa lagi, last choice doktor nak ambil 5 sample Cyst dari perut Mama, maka buat 5 tebukan untuk ambil sample dan hantar ke Lab, harapan dengan cara ni dapat la nampak apa masalah sebenar Mama, sekian lama derita sakit perut

“Sebelum ni Mama sebenarnay ada Fibroid jugak, tapi dah mengecut sendiri sebab doktor kata, Mama dah dalam proses Monopos, Fibroid tak kan membesar,alhamdulillah sangat masa ni” ,again doktor cek jugak Fibroid Mama, takut dia membesar, tapi look like ok je”

Selepas keputusan lab keluar, debar tak dapat nak gambarkan, risau yang lebih sebenarnya. Keputusan cyst 1,2,3,4 doktor kata negatif, fuhh lega sangat. Sementara tunggu cyst yang kelima, berpeluh jugak, harap semuanya negatif

Tapi….. Cyst yang ke 5 dah keluar keputusan, harapan yang ni dapat la leraikan masalah yang mama tanggung, again doktor sendiri pun susah nak terangkan, nak mula dari mana nak terangkan pada mama

“makcik keputusan yang ke 5 ni, nampaknya ada sel kenser” terduduk, terkedu, terkesima dengar KANSER, tp masih belum dapat pastikan kanser apa lagi, kena buat pemeriksaan selanjutnya” kali ni mama kene refer ke Bahagian Onkologi Hospital KL

Sebenarnya Cek Su sendiri tak tau perasaan masa ni, tapi apa yang Cek Su boleh buat, sentiasa berikan sokongan moral dan harapan pada mama supaya dia kuat untuk lalui semua ini, mungkin Cek Su tak ada di tempat Mama, tapi sebagai anak sokongan amat penting buat masa ini

“apa yang penting selain dapatkan rawatan susulan di hospital, sokongan dari keluarga, sahabat dan orang sekeliling adalah kekuatan pesakit KANSER, walaupun bukan dapat pulihkan KANSER, tapi bantu pulihkan semangat pesakit KANSER dari terus tertekan. (stress)

Kita tak boleh lari dari kenyataan, tapi apa yang kita boleh buat terus beri sokongan, STRESS adalah faktor utama untuk sel kenser menjadi aktif”

Nanti Cek Su sambung lagi, apa yang mama terpaksa lalui sepanjang berada di bahagian Onkologi HKL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *