IBU MENYUSU BOLEH AMALKAN 7 MAKANAN TAMBAH SUSU BADAN YANG MUDAH DAPAT DAN SEMULAJADI 

Zaman yang serba moden ni memang banyak sangat alternatif (milkbooster) makanan tambahan untuk tambah susu bagi yang menyusu badan. Tapi cara semulajadi tetap menjadi pilihan ramai 

Ramai ibu-ibu berpendapat dengan mengamalkan cara semulajadi lebih berkesan berbanding dengan mengamalkan pil tambah susu yang boleh didapati di farmasi atau di klinik. Ramai juga ibu-ibu khususnya yang berkerjaya mengamalkan pengambilan pil tambah susu ataupun suplimen tambah susu di sebabkan faktor masa. 

Sebenarnya walau apa cara sekalipun yang kita pilih yang penting dapat tingkatkan pengeluaran susu dan pengetahuan tentang teknik-teknik (power pumping) juga penting bagi memastikan penghasilan susu adalah di tahap maksimum.

Ini antara amalan semulajadi yang kebanyakkan ibu-ibu amalkan kerana mudah kita dapati di kedai, pasar atau pun senseh.Penyediaan  cara hidangan yang begitu mudah untuk kita amalkan

1.Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan mengamalkannya dapat membantu menggalakkan pertambahan kandungan susu

2.Produk Soya

Produk soya seperti air soya, tauhu, taufufa, tempe antara makanan/ minuman popular dan mudah sangat di dapati dan di hidangkan terutama bagi ibu-ibu yang bekerjaya

3.Bawang Putih 

Bawang Putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu. Boleh juga di bakar atau pun campur dalam masakan. Saya suka kalau dijadikan bawang goreng, rangup dan sedap di makan bersama nasi panas

4.Lobak Putih 

Mengandungi alpha dan beta carotene sangat berkhasiat untuk menambahkan susu badanSelain dari itu lobak putih juga mengandungi vitamin A yang sangat baik. Cara hidangan boleh di makan begitu sahaja sebagai ulam atau pun di masak sebagai sup sayur

5.Halba

Antara ‘Milk Booster‘ semulajadi yang terkenal sejak dari dulu. Caranya penyediaannya rendamkan dalam segelas air panas. Bila dah suam boleh terus diminum. Amalkan selalu untuk tambah susu dengan cepat. 

6.Longan

Ada berpendapat gabungan kurma dan longan sangat baik untuk banyakkan susu badanBanyak testimoni mengatakan susu cepat penuh selepas makan buah longan.

Longan juga dikenali sebagai buah mata kucing. Petua ni popular bagi orang cina. Beli longan kering dari kedai ubat cina dan rebus dengan 3 cawan air. Kemudian minum setelah suam

7.Alfalfa

Alfalfa – sejenis tumbuhan yang mempunyai galactogue yang membantu merangsang penghasilan Longan

Surya 012-6200176 @ (SID NO : 1086935) 

Pengedar Shaklee Sg.Buloh, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Kota Damansara ,Kundang, Kuang, Saujana Utama, Hospital Sg.Buloh, Hospital Uitm Sg.Buloh , Shah Alam, Gombak, Kepong, Kg.Melayu Subang, Batu Caves, Selayang, Gombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *