in , ,

Gajet Bantu Anak Kenal Huruf Seawal 2 Tahun

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni su nak kongsikan satu topik hangat para ibu bapa yang kebanyakkan tidak bersetuju dengan penggunaan Gajet untuk anak-anak. Setiap pendapat tidak ada salahnya kalau itu yang terbaik untuk anak-anak kita kan. Perbezaan dan pencangahan pendapat memang akan tetap ada.

Mungkin bagi saya berbeza pendapat. Saya Ibu kepada 4 orang cahaya mata yang sedang membesar dalam alam serba serbi teknologi terkini. Tidak terlepas dari memberi ruang dan peluang untuk anak-anak mengenali teknologi terkini seperti lambakan gajet di pasaran

Di sini bukan isu memanjakan anak-anak tapi lebih kepada perkembangan minda anak-anak seawal 2 tahun. Mungkin tips yang bakal saya kongsikan dapat memberi ruang pada anak-anak untuk sel-sel otak mereka berhubung dengan baik.

TIPS GAJET BANTU ANAK PINTAR SEAWAL 2 TAHUN.
  1. Pastikan gajet anda berada dalam keadaan yang selamat untuk anak-anak gunakan seperti pakaikan casing.
  2. Off mode “wifi” gajet terlebih dahulu supaya anak-anak tidak dapat akses internet
  3. Download @ muat turun hanya perisian yg mempunyai konsep pembelajaran. Elakkan download permainan yg tidak mendatangkan kebaikan seperti permainan berkonsepkan perang dan sebagainya
  4. Bermula dengan aplikasi yang asas untuk sesi pengenalan.
    1. Mengenal huruf A-Z
    2. Mengenal Nombor
    3. Mengenal bentuk
    4. Mengenal Warna
  5. Bersama anak-anak semasa sesi awal pembelajaran bagi mudahkan anak-anak mesra dengan aplikasi yang di muat turun sehingga dia mahir
  6. Beri anak-anak ruang untuk meneroka (explore) aplikasi yang telah di pilih dengan cara mereka sendiri
  7. Ibu bapa pantau anak-anak dan bantu jika mereka memerlukan bantuan dari segi teknikal/ aplikasi itu sendiri
  8. Bila menunjukkan perubahan positif seperti dapat membaca A-Z mengikut urutan dan dapat mengenal pasti huruf tanpa ikut urutan. Berila mereka ganjaran dengan bermain games yang berunsurkan pembelajaran/ puzzle.
  9. Download permainan mengikut usia anak. Jgn download permainan kanak-kanak ber umur 12 tahun kepada anak umur 2 tahun
  10. Setiap kebebasan yang di beri perlu ada had masa supaya mereka tidak terus leka dengan gajet ya. Tetapkan sesi pembelajaran dari 1-2jam sehari sahaja.
  11. Anak-anak sebenarnya lebih cepat menangkap jika di dedahkan secara visual

11 tips di atas telah berjaya membuat anak ke 3 saya mengenal huruf, nombor, bentuk dan warna dalam versi Bahasa Malaysia dan Inggeris seawal usia 2 tahun, tanpa menghantar ke mana-mana pusat pembelajaran awal.

pt5477532-metal_public_kids_educational_tablet_children_learning_tablets_android_4_4_camera

Kengkangan masa juga tidak dapat saya nafikan untuk berikan tumpuan sepenuh masa pada ke 4 orang anak pada waktu yang sama. Cara ini banyak membantu saya bagi memastikan anak-anak saya dapat mengenal huruf dengan cepat dan pantas kerana boleh di katakan setiap hari dia akan mengulangi perkara yang sama secara visual

Jika pendekatan kita ke arah negatif, semuanya akan jadi negatif. Kita yang kene membentuk anak-anak dengan cara yang boleh beri kebaikan dan manfaat pada semua.

Di harap dengan perkongsian tips-tips di atas dapat juga membantu anak-anak anda lebih pintar dengan usia seawal 2tahun. Tidak mustahil juga jika anak kita akan cepat membaca dengan bantuan gajet dan semestinya sokongan kita juga sebagai ibu bapa

Untuk dapatkan set kesihatan anak-anak popular : klik :  << Set A >> /  << Set B >> / << Set C >>

Surya Baizura (ID 1086935)
FB: Surya baizura
Page: lovesihat Vitashop
Ig: @makcun_jual_vitamin
No Tel: 012-6200176
Email: suryabaizura@gmail.com
COD area: Sg Buloh, Damansara Damai, Kundang, Kuang, Saujana Utama, Hospital Sg Buloh, Hospital Uitm Sg Buloh

Written by Surya

Merupakan pengasas lovesihat.com. Amat meminati bidang blogging dan merupakan penulis tetap di lovesihat.com . Juga merupakan Shaklee Independent Distributor bagi kawasan Sungai Buloh, Damansara, Rawang, Ijok dan Kuala Selangor. Boleh menguruskan pesanan dari seluruh Malaysia.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 Tips Berjaya Bantu Anak Putus Pampers Dalam Tempoh 7 Hari

PENGEDAR SHAKLEE SG.BULOH & DAMANSARA