Elak Kematian Mengejut Bayi Dengan Cara Tidur Yang Betul

Assalamualaikum w.b.t

Banyak kes kematian bayi di sebabkan oleh SIDS. Ape SIDS tu? (SIDS-Suddent Infant Death Syndrom). Bagaimana untuk kita kurangkan risiko terjadinya SIDS ni. Salah satu cara dalah dengan menidurkan bayi dengan posisi yang betul.

Tidur pun boleh akibatkan kematian?. Sebagai ibu bapa perkara ni tidak boleh di pandang remeh. Bayi sememangnya banyak memghabiskan masa dengan tidur. semangnya Bayi tidur lebih lama pada waktu siang dan malam hari. Bila lapar sahaja dia akan terjaga dan menangis

Ini karana bayi tak dapat bezakan antara siang atau pun malam. Purata tidur bayi boleh menjangkau 16jam – 20jam sehari. 2 hingga 4jam secara menerus dan akan terjaga waktu nak menyusu je.

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sesuai bagi bayi adalah dalam keadaan “Tidur Telentang” dan bukan meniarap ataupun mengiring. Semenjak posisi Telentang dicadangkan SIDS telah berkurangan ke 50% pada tahun 1992.

cara-aman-menidurkan-bayi

Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah yang besar yang akan menyekat.

Ketahui 5 cara boleh mengelakkan bayi daripada Kematian mengejut @ SIDS

1.Jangan tidurkan bayi dalam posisi meniarap kerana ia berisiko diserang SIDS berbanding tidur terlentang. Tidur meniarap akan membuatkan bayi sukar bernafas dan akhirnya menyebabkan kematian. Apatah lagi jika hidungnya tertindih dengan bantal

bayi-tengkurap

2. Pastikan tiada sebarang sisa minuman dalam mulut bayi ketika tidur. Jangan biarkan bayi tidur dengan botol susu di mulutnya. Jika bayi tersedak akibat minum susu, ia mengganggu sistem pernafasan. Pastikan anda telah sendawakan bayi sebelum tidur untuk mengelakkan dia termuntah susu semasa tidur

babybottles

3. Ada baiknya bayi tidur berasingan dengan ibu ayah dalam bilik yang sama untuk mengelakkan risiko terhimpit

tidur-bersama-bayi-tergolong-aman-terutama-jika-masih-menyusui-_140224154002-686

4. Pastikan pencahayaan dan sistem peredaran udara dalam bilik berada dlm keadaan sesuai. Elakkan daripada terlalu banyak hiasan kerana boleh mengumpul habuk yang mengganggu pernafasan bayi.

f157af59239addc1fa09953a5325e82b

5.Jangan letak terlalu banyak bantal dan permainan dalam katil bayi. Ia boleh menyebabkan bayi lemas tanpa disedari. Gunakan sedikit sahaja batal (atau lebih baik tanpa bantal langsung) supaya bayi selesaIMG_7124 copy

Sumber: Pama

Anda juga mungkin mencari info: 7 tanda anak anda mungkin pengidap tonsil

Surya Baizura (ID 1086935)
FB: Surya baizura
Page: lovesihat Vitashop
Ig: @makcun_jual_vitamin
No Tel: 012-6200176
Email: suryabaizura@gmail.com
COD area: Sg Buloh, Damansara Damai, Kundang, Kuang, Saujana Utama, Hospital Sg Buloh, Hospital Uitm Sg Buloh

3 thoughts on “Elak Kematian Mengejut Bayi Dengan Cara Tidur Yang Betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *