in

DERITA BENGKAK TONSIL ATASI DENGAN SEGERA TANPA MAKAN UBAT 

Hari ni surya nak kongsikan pula berkaitan Tonsil @ dikenali juga sebagai Tonsillities. Kebiasaannya yang mengalaminya adalah golongan kanak-kanak sekolah. Jarang berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang 2 tahun atau dewasa melebihi 50 tahun

Apa sebenarnya Tonsil ni?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit

  • Tonsil adalah gumpalan tisu limfoid (sub-epitelium) yang terletak di bahagian tekak (orofarinks)
  • Setiap manusia mempunyai 2 biji tonsil. Tonsil berbentuk bujur dan terletak di dinding sisi tekak (orofarinks) di antara tiang anterior (“anterior pillar”) dan tiang posterior (“posterior pillar”)
  • Saiz sebenar tonsil adalah lebih besar dari apa yang kita dapat lihat. Ini adalah kerana ianya memanjang ke arah lelangit, memanjang ke arah pangkal lidah dan memanjang ke arah lengkung palatoglosal di sisi.

Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut

1. Adenoids – tonsil yang terletak di belakang hidung

2. Lingual tonsils – tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils – tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

     Punca:

    • Kuman Virus adalah di antara penyebab utama. Contohnya seperti Herpes Simplex Virus (HSV), Adenovirus, Epstein-Barr virus (EBV), Cytomegalovirus(CMV) dan virus campak.
    • Kuman Bakteria pula menyebabkan 15 hingga 30% jangkitan tonsillitis. Bakteria yang paling kerap adalah 
    • Group A Beta-Hemolytic Streptococcus (GABHS). Bakteria yang lain adalah seperti streptococcus pneumoniae, staphylococci dan Hemophilus Influenza.

    Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

    Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau pun jangkitan bakteria di dalam tekak. 

    Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. 

    Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga

    Antara tanda dan  gejala Tonsil

    • Sakit tekak yang teruk sehingga hilang suara dan serak
    • Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
    • Demam panas – 38°C hingga 40°C, seram sejuk dan menggigil
    • Sakit telinga – disebabkan oleh “referred pain” (sakit yang berasal di tekak tetapi turut dirasai ditelinga kerana mempunyai saraf yang sama) atau disebabkan oleh komplikasi tonsillitis seperti jangkitan kuman di telinga tengah (Otitis media akut)
    • Gejala lain – sakit kepala, lemah tubuh, sakit badan, sembelit, hilang selera makan, sakit perut (limfadenitis mesentrik)
    • Nafas berbau busuk dan lidah kering bersalut putih
    • Lelangit dan anak tekak berwarna merah terang
    • Tonsil – merah, bengkak dengan nanah di pembukaan kripta (“follicular tonsillitis”) atau membran/selaput putih di permukaan (“membranous tonsillitis’)
    • Tonsil – membesar, bertemu di garis tengah dan menyempitkan kerongkong. Bengkak (edema) di anak tekak dan lelangit (“parenchymatous tonsillitis”)
    • Kelenjar limfa di leher (“jugulodigastric lymph node”) membesar dan sakit.

    Tonsillitis adalah radang pada tonsil yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Gejala tonsillitis termasuk sakit tekak. Tonsillitis yang disebabkan oleh virus sembuh dengan sendirinya, manakala tonsillitis yang disebabkan oleh bakteria boleh dirawat dengan antibiotik. Tonsilektomi dilakukan dengan sebab-sebab tertentu setelah pesakit mendapatkan nasihat pakar bedah. (sumber) 

    Bagaimana Suplemen dapat bantu pesakit radang tonsil dengan Pengambilan SET TONSIL SHAKLEE

    Garlic

    Andalah antibiotik semulajadi yang sangat bagus dan bertindak menghalang dari jangkitan kuman dan menghalang jangkitan bintik-bintik putih

    Nutriferon

    Bagus untuk mengukuhkan sistem pertahanan badan @ imunisasi badan kita dalam masa 3 hari. Membantu  mengurangkan kelesuan badan

    Vitamin C

    Membantu untuk menyokong sistem imunisasi badan iaitu mengurangkan demam, selesema dan batuk. Juga membantu swl darah putih menghalang bakteria yang wujud dalam badan

    Omega Guard

    Omega Guard yang bersifat anti radang sangat bagus untuk mengecutkan tonsil yang bengkak. Ia membantu untuk mengurangkan rasa pedih dan sakit pada tonsil dan sekaligus membantu tonsil mengecut kepada saiz asalGuar

    Jika anda memerlukan suplemen yang dapat bantu mengurangkan sakit dengan SET TONSIL SHAKLEE boleh terus berhubung dengan saya (Surya- 012-6200176)

    Saya akan BIMBING dan sertakan cara dan jadual pengambilan suplemen yang efektif dan Konsultasi secara PERCUMA terhad kepada pelanggan-pelanggan saya sahaja

     Surya 012-6200176 @ (SID NO : 1086935) 

    Pengedar Shaklee Sg.Buloh, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Kota Damansara ,Kundang, Kuang, Saujana Utama, Hospital Sg.Buloh, Hospital Uitm Sg.Buloh , Shah Alam, Gombak, Kepong, Kg.Melayu Subang, Batu Caves, Selayang, Gombak

    Written by Surya

    Merupakan pengasas lovesihat.com. Amat meminati bidang blogging dan merupakan penulis tetap di lovesihat.com . Juga merupakan Shaklee Independent Distributor bagi kawasan Sungai Buloh, Damansara, Rawang, Ijok dan Kuala Selangor. Boleh menguruskan pesanan dari seluruh Malaysia.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    SERING DI SERANG MIGRAIN AKHIRNYA SAKIT KEPALA MELAMPAU HILANG TANPA MAKAN PONSTAN

    SEKIAN LAMA DERITA KENCING MANIS KINI BACAAN KEMBALI NORMAL SETELAH MENGAMALKAN VIVIX