in , , ,

Cara Berkesan Hilangkan Sakit Tumit,Tanpa Makan Pil Tahan Sakit

Assalamualaikum, dah lama rasanya CekSu tak bersiaran. Rugi sangat kalau CekSu tak kongsikan setiap kegembiraan kawan-kawan yang telah merasai dan bebas dari rasa sakit yang amat sangat

Pernah tak rasa macam mana sakit tumit? Dah tentu sakit tak boleh di bayangkan sebab antara nadi kita seharian untuk bergerak ke sana dan ke sini

Apakah antara punca sakit tumit ya?

1. Kekurangan Vitamin untuk tingkatkan kesihatan sendi dan tumit

2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki

3. Proses penuaan mengakibatkan lapisan Lemak dan tisu mula mengecut

4. Kecederaan pada tulang

5. Berdiri terlalu lama

6. Aktiviti senaman yang berlebihan

7. Radang sendi arthritis yang berdekatan dengan Plantar Fascia

8. Pengidap kencing manis

9.Memakai kasut yang tak sesuai seperti kasut tinggi 

10. Gaya berjalan yang tak normal
CekSu nak kongsikan pengalaman pesakit yang mengalami sakit tumit, sebelum ini mengamalkan makan painkiller pill, semenjak mengamalkan makan suplemen sakit semakin berkurangan dan akhirnya hilang, apa agaknya yang dia buat dan amalkan ya?

Jom kita baca testimoni dari Nadia Ezdanie Norazman

​SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3

TESTIMONI 47: NADIA EZDANIE NORAZMAN

[DERITA SAKIT TUMIT BERAKHIR SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]

Nama saya Nadia Ezdanie Norazman, berumur 35 tahun dan saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya telah dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Pada 23 November 2015 saya di diagnosis dengan “PLANTAR FASCITIS” atau bahasa senangnya sakit tumit. Sakit yang saya alami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai takut untuk saya untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi. 

Kronologi kes saya ini bermula dari kepulangan saya dari melancong. Pada mulanya saya ingatkan kaki saya sakit setelah penat berjalan masa melancong, mana tidaknya masa melancong tu semua tempat di jelajahi dari gunung sampailah ke lautan. Seharian berehat di rumah, tumit saya masih sakit dan akhirnya pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan “PAINKILLER”. Selepas makan ubat tersebut kesakitan saya terubat. Dari peristiwa tersebut sakit tumit  akan on off on off.

Kesakitan yang teruk saya alami sekali lagi semasa saya melancong lagi dan penderitaannya semakin perit sampai saya tidak boleh berjalan. Apa lagi terus ambil ubat tahan sakit tapi masa itu terasa rugi kerana seharian tidak dapat berjalan dan bershopping kerana saya kena berehat sahaja di bilik hotel. Sampai di Malaysia saya terus mendapatkan rawatan di Hospital. Setelah membuat beberapa ujian klinikal di hospital terutama X-ray doktor mengesahkan saya menghadapi “PLANTAR FASCITIS”

Selepas di diagnos dengan penyakit tersebut bermula episod untuk merawat. Setiap kali sakit menjelma peneman setia adalah “PAINKILLER”. Pemilihan kasut juga penting bagi saya. Setiap kasut saya mesti mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa. penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa ini melibatkan kos pembelian yang mahal, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta  boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit ini. 

Selain daripada itu saya juga memerlukan suntikan pada bahagian tumit saya. Masa ini saya rasa sungguh menderita, tuhan hanya menarik satu nikmat dari saya tapi saya terasa cukup menderita. Kesakitan pada tumit ini amatlah menderita bagi orang yang mempunyai hobi melancong dan gemar melakukan aktiviti lasak.

Selama beberapa bulan saya hanya bergantung dengan rawatan seperti saya sebutkan di atas. Pada bulan Desember 2016 terdetik di hati untuk mencuba produk Shaklee. Mulanya saya mengambil produk untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya dengan set tersebut. Dari situ saya add on OsteMatrix dan Sustained Release Vita-C Plus. Saya mula mengambil OsteMatrix 4 biji setiap malam dan Vit-C 1 biji sebelah pagi. Setelah sebulan mengambil OsteMatrix dan Vit-C tersebut kesakitan yang saya alami semakin berkurang dan akhirnya saya dapat tumit kaki saya yang dahulu. 

Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas saya baru pulang dari melancong dan saya tidak lagi merasai kesakitan yang pernah saya alami. Saya tidak lagi bergantung pada PAINKILLER dan yang paling saya gembira saya dapat menggunakan segala jenis fashion kasut yang ada di pasaran. Pergerakan saya tidak terbatas lagi. Bertambah gembira lagi masalah SINUSITIS/RESDUNG saya juga dapat diubati dan kulit saya bertambah berseri-seri.

Pelaburan yang saya buat bersama Shaklee berbaloi kerana bila kita menggunakan produk Shaklee untuk 1 tujuan kita akan dapat banyak manfaat dari sudut lain jugak. Kesan Shaklee terhadap saya sangat awesome…Saya dapat menurunkan berat badan saya dan dalam masa yang sama sakit tumit dan resdung saya dapat diatasi. Bak kata dari kawan saya, Sesungguhnya sakit itu MAHAL!!!  PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

Jika anda memerlukan suplemen untuk ikhtiar sakit tumit boleh terus berhubung dengan saya (Surya- 012-6200176)

Saya akan BIMBING dan sertakan cara dan jadual pengambilan suplemen yang efektif dan Konsultasi secara PERCUMA terhad kepada pelanggan-pelanggan saya sahaja

 Surya 012-6200176 / 018-2076436 @ (SID NO : 1086935) 

Pengedar Shaklee Sg.Buloh, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Kota Damansara ,Kundang, Kuang, Saujana Utama, Hospital Sg.Buloh, Hospital Uitm Sg.Buloh , Shah Alam, Gombak, Kepong, Kg.Melayu Subang, Batu Caves, Selayang, Gombak

Written by Surya

Merupakan pengasas lovesihat.com. Amat meminati bidang blogging dan merupakan penulis tetap di lovesihat.com . Juga merupakan Shaklee Independent Distributor bagi kawasan Sungai Buloh, Damansara, Rawang, Ijok dan Kuala Selangor. Boleh menguruskan pesanan dari seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tiada Lagi Mimpi Ngeri Sembelit Ketika Hamil Dan Berpantang, Apa Rahsianya Cek Su? 

Khasiat dan Fakta Menarik Nutriferon, Anda Pasti Teruja Nak Cuba