13 tanda kandungan gula dalam darah anda tinggi

Adalah sangat penting bagi kita mengetahui gejala atau tanda kandungan gula yang tinggi dalam darah. Kenapa penting? Kerana ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius.

sumber imej : https://www.thediabetescouncil.com/

Penyebab kandungan gula yang tinggi dalam darah.

  • Menggunakan terlalu banyak steroid
  • Makan yang berlebihan
  • Dehidrasi
  • Selsema
  • Keletihan
  • Fizikal tidak aktif

Tanda / gejala peningkatan gula dalam darah

  1. Penglihatan menjadi kabur
  2. Kerap kencing
  3. Mulut kering
  4. Impotensi
  5. Dahaga
  6. Kesukaran dalam memberi tumpuan
  7. Jangkitan yang berulang
  8. Penyembuhan luka yang perlahan
  9. Masalah penghadaman
  10. Peningkatan selera makan
  11. Kulit kering dan gatal
  12. Masalah saraf
  13. Peningkatan berat badan dan lemak perut yang berlebihan

Bagaimana mengawal paras gula dalam darah

Bagi mengawal paras gula dalam darah, kita seharusnya memberi perhatian kepada pemakanan yang diambil seharian.

Makanan yang mempunyai Glycemic index yang tinggi (GI) haruslah dielakkan. Makanan yang mempunyai (GI) 0-54 dikira rendah.

Makanan yang mempunyai GI yang rendah.

  • Pisang (GI – 52)
  • Anggur (GI – 50)
  • Oren (GI – 48)
  • Lobak Merah (GI – 47)
  • Jus Nenas 220g (GI – 46)
  • Jus Tomato 220g (GI – 38)
  • 1 cawan kacang (GI – 54)
  • 1 cawan anggur hijau (GI – 46)
  • 1 sosej ayam belanda (GI – 28)
  • Apple saiz sederhana (GI – 38)
  • Bawang saiz sederhana (GI – 10)
  • 1 cawan yogurt ( GI – 23)
  • 1 cawan buah ceri ( GI – 22)
  • 1 cawan brokoli (GI – 10)
  • 1 biji telur (GI – 6)

Makanan yang mempunyai GI 56-59

  • 1 cawan nasi (GI – 64)
  • 1 cawan Oatmeal (GI – 55)
  • 1 sudu makan madu (GI – 55)
  • Satu hidangan ‘Mac’ & ‘Cheese’ (GI – 66)
  • 1 cawan beras perang (GI – 55)

Makanan yang mempunyai GI yang tinggi

  • Glukos 50g (GI – 100)
  • 1 bahagian cornflake (GI – 92)
  • Satu kentang bakar saiz sederhana (GI – 85)
  • Satu keping roti putih (GI -70)
  • 2 cawan popcorn (GI – 70)

 

sumber : healthyfoodheadlines.net

Leave a Reply