in ,

10 Tips Berjaya Bantu Anak Putus Pampers Dalam Tempoh 7 Hari

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya ingin kongsikan pengalaman sendiri bagaimana untuk melatih anak yang lambat bercakap untuk putus pampers dalam tempoh 7 hari

20080219_pampers-5867_med

Anak saya sekarang berumur dalam 3tahun, dan merupakan anak ke-3 dari 4 orang anak. Yang membuatkan saya nak juga latih dia dalam usia yang masih kecil. Salah satu sebab sudah tentu la kerana kos pampers yang semakin tinggi dan kelahiran bayi no 4 yang kini baru berumur 4bulan.

Pada mula nya macam tak yakin yang kami nak latih dia, tapi kami suami isteri kuatkan juga semangat dan yakin yang kami boleh buat. Nak tau tak ape yang kami telah usahakan?

10 PERKARA MUDAH BANTU ANAK PUTUS PAMPERS
  1. Jangan pikir pasal air kencing/ taik dok merata, fokus pada tujuan kita. Paling teruk pun kita kene bersihkan.
  2. Mulakan dengan simpan pampers2 yang ada, supaya tak tergoda dengannya ya
  3. Lepas mandikan anak, pakai kan seluar dalam, ini sangat penting ya. Sebab menghalang air meleleh /najis terus jatuh ke bawah, mudahkan untuk kita bersihkan nanti
  4. Rajin2 la tanya adik nak encing/kencing ape2 bahasa la yang dia mudah dan boleh faham supaya jadi “trade mark” – 2jam sekali
  5. Kalau dia terkucil tolong jangan sesekali MARAH, CUBIT atau apa cara yang boleh manakutkan mereka, nanti dia jadi FOBIA
  6. Kalau dia terkucil bawa dia ke tandas, sambil2 tukarkan seluar rajin2 berbual dengan dia cakap ” kalau adik nak kencing/ Yak adik bagi tau ya” , bawa tempat yang sama supaya dia ingat kat mana patut pergi kalau nak membuang.
  7. Pastikan tandas anda sentiasa kering,bersih dan selamat untuk anak-anak, ajar juga langkah-langkah bila hendak membuang air dari buka seluar hingga la “flush” tandas, serta cuci tangan dan utamakan kebersihan diri.
  8. 66616a_oBiarkan lampu bilik air sentiasa terpasang, bagi mudahkan dia ke bilik air dengan selamat
  9. Ingat ya, walaupun anak kita tidak boleh berkomunikasi dengan baik, buat cara yang boleh dia ikuti dan ingat. Bila hari-hari ulang rutin yang sama anak2 akan mudah ingat
  10. Bila sudah terbiasa dengan rutin ini anak kita dengan sendiri dapat bezakan dan rasa nak membuang dan dengan sendiri dia buka seluar. Amalkan rutin ini dalam seminggu, mission untuk putus pampers akan berjaya.

*Ulangi rutin ni setiap hari 

 

Dengan amalkan rutin ini, anak kami berjaya putus pampers dalam masa 7 hari. Saya tidak risau lagi walaupun keluar berjalan tanpa pampers kerana dia dah terbiasa dan akan ulang rutin yang sama.

 

articles_image_630px

Untuk rutin malam, ulangi juga rutin yang sama, bezanya, pasang alas lapik tidur kalis air dan pastikan dia ke tandas sebelum masuk tidur. Terkencing atas katil adalah perkara biasa di awal latihan.

Jika anak anda mengalami sembelit  anda juga boleh cuba berikan minuman kesihatan Meal Shakes

Dalam masa yang singkat juga dia akan putus pampers sepenuhnya. Dalam usaha ini ibu dan ayah memainkan peranan dan berikan sokongan atas segala usaha anak-anak dengan kata-kata pujian bila dia berjaya melakukannya.

Anak-anak juga suka bila di hargai walaupun hanya dengan sebiji gula-gula. Kalau anda nak tau hasilnya, boleh cuba 10 perkara dia atas. Saya akui untuk capai ke tahap no.10 memang memerlukan kekuatan mental dan kesabaran yang tinggi. Tapi bila berjaya satu kepuasan yang tak dapat di luahkan dengan kata-kata.

Anda juga ingin mendapatkan tips kekal cergas bertenaga selepas seharian latih anak-anak putus pampers.

Surya Baizura (ID 1086935)

FB: Surya baizura

Page: lovesihat Vitashop

Ig: @makcun_jual_vitamin

No Tel: 012-6200176

Email: suryabaizura@gmail.com

COD area: Sg Buloh, Damansara Damai, Kundang, Kuang, Saujana Utama, Hospital Sg Buloh, Hospital Uitm Sg Buloh


Written by Surya

Merupakan pengasas lovesihat.com. Amat meminati bidang blogging dan merupakan penulis tetap di lovesihat.com . Juga merupakan Shaklee Independent Distributor bagi kawasan Sungai Buloh, Damansara, Rawang, Ijok dan Kuala Selangor. Boleh menguruskan pesanan dari seluruh Malaysia.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Elak Kematian Mengejut Bayi Dengan Cara Tidur Yang Betul

Gajet Bantu Anak Kenal Huruf Seawal 2 Tahun